Rabu, 14 Oktober 2009

Kajian Forex...


Kajian Data didalam pelaburan FOREX.

1. 100 orang baru melabur didalam FOREX, dalam tempoh 2 bulan, 48% akan kehilangan
hampir keseluruhan wang pelaburan mereka.

2. 45% akan hilang wang pelaburan mereka dalam tempoh 3 bulan.

3. 5% lagi sempat mendapat keuntungan, tetapi selepas itu akan mengalami kerugian.

4. 2% lagi mendapat keuntungan yang besar kerana bernasib baik.







Sebilangan besar akan mengalami kerugian yang besar. Tetapi jika ada yang tidak serik
dan ingin terus berjuang didalam dunia forex, biasanya selepas setahun, dan selepas
beberapa kali kehabisan kesemua wang pelaburan mereka, mereka mulai merasai keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Selepas 2 tahun, mereka mulai merasakan keuntungan yang lumayan.

5. Kajian dilakukan terhadap 20 orang baru yang menyertai FOREX dengan bantuan orang yang berjaya. 7 daripadanya langsung tidak mengalami kerugian dan mendapat keuntungan sedikit tetapi berterusan. 13 lagi mengalami kerugian yang agak besar (30-50% kehilangan
wang pelaburan). Kajian mendapati perbezaan antara 7 dan 13 ini adalah, yang 7 mengikuti
bulat-bulat nasihat orang yang berjaya tersebut, dan 13 ini mengikut nasihat diperingkat awal, tetapi mencuba formula baru melalui kajian sendiri dan sering mendalami secara sendirian.

6. Sekiranya sudah menguasai ilmu forex dan mulai mendapat keuntungan, trader tersebut
akan mendapat keuntungan yang berterusan untuk jangka pendek atau panjang. Mereka tidak akan mengalami kerugian walau apa pun bentuk market semasa. Untuk sampai ketahap ini, jika belajar bersendirian akan mengambil masa 2 hingga 3 tahun. Jika belajar dari guru yang salah akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun. Jika berguru dengan sepenuh
masa pada guru YANG BETUL akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan.



Hasil Semalam..




Ahad, 4 Oktober 2009

Forex Teknik Hedging ....

Rahsia disebalik dunia forex yang anda mungkin tahu dimana ramai diantara kita yang rugi ribuan ringgit dalam jual beli matawang asing. Didalam blog ini saya akan mendedahkan (melalui E-book) kesemuanya yang saya tahu mengenai teknik HEDGING yang selalu diperkatakan tapi sukar untuk anda lakukan.

Saya telah menceburi dunia forex hampir 4 tahun dan lihatlah hasilnya:-

klik gambar tersebut untuk lihat dengan lebih jelas



Pada 2/9/2008  disinilah saya telah menemui Teknik Hedging yang amat membantu saya pada ketika itu, Jika dilihat penyata ini ianya nampaknya sempurna tetapi yang tersirat dan tersurat pasti anda tidak tahu atau anda sudah mengalaminya.

Tahukah anda pada masa itu jika GBP kuat hanya 60pip sahaja saya akan kehilangan kesemua  pendapatan saya yang bernilai ribuan ringgit walaupun menggunakan Akaun Mikro. Mungkin 60pip tidak asing lagi pada pair GPYJPY yang hanya memerlukan masa 5 atau 10 minit. Jika perkara ini berlaku....
  • Apakah perasaan saya pada ketika itu? 
  • Adakah Forex sangat-sangat kejam? 
  • Sudah tentu saya sudah melupakan forex....
 Saya akan menerangkan cerita ini  lebih lanjut didalam Ebook saya nanti bagaimana perkara sebegini boleh terjadi..


Sekian Terima kasih Kerana Sudi Membaca.

            -Zulhashim-